Wednesday, January 14, 2009

GOTONG ROYONG



Pada 09/11/2008 jam 08:00 pagi bertempat di bilik gerakan Jalan Tasek 16 Seri Alam Masai, aktiviti sosial telah diadakan dikawasan tersebut.
Program perihatin ini telah mengajak kepada masyarakat setempat agar menjaga kebersihan dan juga mencegah dari berbagai penyakit terutamanya pembiakan nyamuk Ades yang boleh menyebabkan masyarakat diserang dengan wabak denggi.
Dengan adanya program tersebut ianya secara langsung akan memberikan kesedaran pada masyarakat serta peka dan bersama-sama bertanggungjawab ditempat kediaman mahupun di tempat awam

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai























Program berkhatan beramai-ramai dan kenduri sekampung ini telah diadakan di taman cendana dengan tujuan serta memupuk sikap berkerjasama serta bergotong royong diantara satu sama lain didalam segala hal seperti mana yang telah diujudkan dikampung-kampung pada masa silam.
Majlis tersebut telah disampurnakan perasmianya oleh Yang berbahagia Datuk Hj Ibrahim Bin Gaffar timbalan ketua umno bahagian pasir gudang selaku wakil rasmi kepada Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
Seramai 30 orang telah dikhatankan pada majlis tersebut.